fbpx

Dua bersaudara dituduh bunuh pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M.Saravanan (baju oren) dan M.Thamilselvan (baju ungu) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini.

LUMUT – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini atas tuduhan membunuh seorang pekerja kontraktor, di Ayer Tawar, dekat sini, bulan lalu.

Pekerja kedai mencuci kenderaan, M.Saravanan, 43, dan penganggur, M.Thamilselvan, 48, didakwa menyebabkan kematian terhadap M.Segar, 45, di sebuah rumah di Taman Biru, Ayer Tawar, dekat sini.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 5 pagi hingga 9 malam pada 10 Februari lalu.

Kedua-duanya yang mempunyai hubungan persaudaraan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan tiada jaminan ditawarkan kepada mereka manakala Majistret T.Kavita menetapkan 18 April ini untuk kes itu disebut semula bagi mendapatkan laporan kimia serta laporan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI