fbpx

Liverpool tak rela hilang Wijnaldum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIJNALDUM berjaya meledak satu gol ketika Liverpool menewaskan Wolves 4-0 di Anfield awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liver­pool, Jurgen Klopp meletakkan harapan tinggi buat pemain tengah berpe­ngaruh, Georginio Wijnaldum untuk menandatangani kontrak baharu selepas mempamerkan aksi luar biasa bagi membantu pasukan menang 4-0 ke atas Wolverhampton awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Wij­naldum berjaya menjaringkan satu gol untuk melengkapkan kemenangan bergaya The Reds yang turut meraih gol menerusi Mohamed Salah, Joel Matip dan ja­ringan sendiri pertahanan Wol­ves, Nelson Semedo.

Kata Klopp, pihak pengurusan tertinggi Liverpool masih belum mengibarkan bendera putih dalam usaha mengekalkan khidmat Wijnaldum yang mana kontrak asalnya akan berakhir pada penghujung musim ini.

“Secara jujur, kami masih berharap Wijnaldum akan menandatangani kontrak baharu kerana saya sangat berminat untuk mengekalkan khidmatnya bersama pasukan untuk tempoh yang panjang.

“Hubungan saya dengan Wijnaldum juga tiada sebarang masalah kerana dia seorang yang profesional. Anda boleh saksikan bagaimana dia bermain dengan cukup bersemangat tidak kira ketika menyerang ataupun bertahan,” katanya.

Sementara itu, pemain antarabangsa Belanda itu enggan memberi komen mengenai perkembangan terbaharu me­ngenai sta­tus kontraknya bersama Liver­pool selepas difahamkan turut menerima tawaran daripada kelab gergasi Barcelona yang mahu menandatanganinya secara percuma tahun depan.

“Saya sudah katakan banyak kali bahawa fokus utama adalah untuk memberikan seratus peratus buat pasukan di atas padang. Justeru, saya bukanlah orang yang layak untuk bercakap mengenai kontrak dan biarlah pihak pengurusan dan ejen saya melakukan perkara tersebut,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI