fbpx

KPDN serbu pasar raya sorok minyak masak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian minyak masak peket yang dirampas KPDN dari sebuah pasar raya di Sungai Lalang, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Tindakan sebuah pasar raya di Sungai Lalang, di sini menyembunyikan minyak masak peket mengundang padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan pukul 11.30 pagi itu dilakukan susulan laporan orang awam mendakwa pihak pasar raya enggan menjual bahan keperluan itu dengan alasan kehabisan stok.

“Kita menggerakkan operasi pemantauan dengan menghantar anggota KPDN berpakaian preman untuk melakukan uji beli di premis tersebut dan mendapati tiada minyak masak peket dipamer di rak jualan.

“Semasa penyamaran itu, anggota kita dimaklumkan oleh seorang pekerja premis berkenaan bahawa bekalan minyak masak peket telah habis,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pasukan serbuan kemudian memasuki premis berkenaan dan hasil penggeledahan menemui 30 peket minyak masak peket disembunyikan di dalam stor.

“Pihak kita kemudian menyita kesemua minyak masak peket bernilai RM75 itu untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16A(1)(b).  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI