fbpx

Taman hiburan lokasi dua pengunjung cedera ditutup serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pengunjung taman hiburan berhampiran Kompleks Sukan Likas cedera ketika menaiki salah satu permainan jenis ‘TAISTAR’ atau ‘Sotong Ride’ dalam kejadian malam tadi.

KOTA KINABALU – Taman hiburan atau funfair yang menjadi lokasi kemalangan dua pengunjung berhampiran Kompleks Sukan Likas di sini malam tadi diarah tutup serta-merta.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, penutupan itu bagi membolehkan pengendalinya memeriksa semula tahap keselamatan semua jenis permainan di taman hiburan terbabit.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi melihat sama ada terdapat sebarang kecuaian sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Dalam pada itu, siasatan awal mendapati kemalangan malam tadi melibatkan salah sebuah tempat duduk permainan jenis ‘TAISTAR’ atau ‘sotong ride’

“Dua mangsa tercampak keluar dari tempat duduk sejauh 15 meter ia sedang berpusing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaidi berkata, mangsa pertama adalah lelaki berusia 35 tahun yang cedera di kepala sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

“Mangsa kedua pula wanita berumur 29 tahun yang cedera pada muka. Mereka dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II bagi mendapatkan rawatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI