fbpx

Gandingan paling ampuh di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kiri) muncul penjaring terbanyak untuk aksi derbi utara London memintas pencapaian yang dilakukan oleh Adebayor. – AFP

LONDON – Penggempur utama Tottenham Hotspur, Harry Kane muncul sebagai penjaring terbanyak dalam aksi derbi utara London selepas membantu pa­sukannya menewaskan Arsenal 2-0 pada aksi awal pagi semalam.

Jaringannya itu menyaksikan dia mengumpul 11 gol setakat ini sekali gus memintas pencapaian yang dilakukan oleh bekas penyerang Spurs, Emmanuel Adebayaor yang meledak 10 gol sepanjang aksi menentang Arsenal.

Kane juga berjaya menjaringkan sebanyak 250 gol sepanjang kariernya termasuk 100 gol yang diledaknya ketika aksi di laman sendiri bersama Spurs dalam semua kejohanan.

Pemain berusia 27 tahun itu berjaya menyumbang 202 gol bersama Spurs, sembilan bersama Milwall, lima gol bersama Leyton, dua gol bersama Leicester manakala 32 gol lagi ketika beraksi bersama skuad antarabangsa England.

Selain itu, gandingan antara Kane dan rakan sepasukannya, Son Heung-min yang turut menjaringkan gol pada aksi awal pagi semalam juga berjaya membentuk jentera serangan berbisa dengan meledak 31 gol setakat ini.

Mereka hanya ketinggalan lima gol sahaja dengan pencapaian gandingan Chelsea iaitu Frank Lampard dan Didier Drogba yang sebelum ini menjaringkan 36 gol.

Pencapaian yang dilakukan oleh Kane dan Heung-min itu melibatkan 11 gol setakat musim ini dan keserasian yang dipamer menyaksikan mereka mungkin berjaya memecahkan rekod ja­ringan gol semusim secara bergandingan yang dipegang oleh pasangan Alan Sherer dan Chris Sutton yang meledak 13 gol pada musim 1994/1995.

Kane juga turut membuat lapan umpanan gol kepada Heung-min yang menyaksikan dia ketinggalan satu sahaja gol berbanding rekod Stan Collymore yang menjadi pengumpan buat Mike Newell dengan sembilan gol dalam satu kempen. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI