fbpx

Lindung, perkasakan wanita dalam sistem kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Zara (tiga dari kiri) berkenan melawat tapak pameran ketika Majlis Simposium Women In Medicine 2024 sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia di Hotel Weil, Ipoh hari ini. - -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kehamilan remaja merupakan antara perkara yang perlu diberikan perhatian berkenaan isu perlindungan wanita dalam sistem kesihatan.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menyentuh perkara tersebut ketika bertitah berkenaan penglibatan dan perlindungan wanita dalam sistem kesihatan.

Titah baginda, dua perkara penting tentang wanita dalam kesihatan ialah pertama, dari segi sumbangan tenaga kerja dan kedua akses mendapatkan rawatan serta perlindungan.

Baginda bertitah, perkara pertama tersebut selalu terlintas dalam fikiran apabila membincangkan soal kesihatan wanita, manakala aspek kedua yang kadangkala tidak cukup ditekankan adalah sama penting.

“Sesetengahnya, disebabkan kemiskinan, akses yang terhad, atau berdepan kesan daripada cabaran keadaan sosial. Secara buruknya menyebabkan situasi (wanita) terkeluar daripada sistem dan tiada ruang untuk dipulihkan,” titahnya.

Tuanku Zara bertitah demikian sewaktu berkenan menghadiri serta menyampaikan ucapan pembukaan Simposium Wanita Dalam Kesihatan 2024 di sini hari ini.

Titahnya lagi, usaha perlu diperluaskan untuk mendekati golongan tidak bernasib baik dengan memastikan akses kepada penjagaan kesihatan, menyediakan maklumat dan pendidikan selain diperkasakan tentang kesihatan mereka serta orang tersayang.

Baginda bertitah, usaha itu mesti merangkumi proses saringan awal dan mengesan penyakit yang boleh dicegah khususnya untuk wanita di kawasan terpencil seluruh negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI