fbpx

Liga Super: Perlis United zahir penghargaan buat MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozailmee Zulkeply (dua dari kiri) telah menghadiri temuduga bersama pihak MFL dan FIB pada awal minggu ini. - Foto ihsan Facebook Rozailmee Zulkeply

PETALING JAYA – Ketua pegawai eksekutif Perlis United FC, Rozailmee Zulkeply mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada MFL kerana memberi slot terakhir buat skuad Singa Utara bersaing dalam Liga Super musim 2024/2025.

Kata Rozailmee, pihak pengurusan sangat berbangga apabila menjadi calon tunggal kelab Liga M3 yang lulus sesi temuduga yang telah ditetapkan oleh pengelola liga kebangsaan bersama jabatan berkecuali First Instance Body (FIB), kelmarin.

“Kami amat bersyukur dan berbesar hati kerana berpeluang menyertai liga peringkat tertinggi bola sepak Malaysia.

“Kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi, dan kerja keras seluruh pengurusan pasukan, jurulatih, pemain dan kakitangan kelab.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kami, penyokong setia, dan semua orang yang telah menyumbang dalam perjalanan kami ke arah Liga Super.

“Sokongan berterusan anda telah memainkan peranan penting dalam kejayaan kami,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial hari ini.

Perlis United kini selangkah untuk kembali menjadi skuad elit Liga Super pada musim 2024/2025 selaku penerima slot ke-14 tetapi perlu melunaskan empat kriteria utama MFL sebelum tarikh akhir 21 Mac depan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MFL, skuad Singa Utara berjaya memberikan salinan dokumen dengan surat penajaan berjumlah RM25 juta daripada empat potensi penaja bagi kempen musim ini.

Kali terakhir kelab yang mewakili Perlis beraksi dalam kancah Liga Super adalah pada edisi 2011 ketika ditadbir oleh Persatuan Bola Sepak Perlis (Perlis FA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI