fbpx

Dewan Rakyat: Ops Pantau bazar Ramadan bermula 12 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan Ops Pantau di bazar Ramadan di seluruh negara bermula 12 Mac ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, langkah itu bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menjual pada harga tidak munasabah di bazar Ramadan tahun ini.

“Bagi 60 lokasi Bazar Ramadan Rahmah di seluruh negara, kita menyasarkan 40 peratus peniaga di situ menawarkan Menu Rahmah dan kita akan memberi insentif kepada peniaga yang menawarkan Menu Rahmah sebanyak RM50.

“Kita akan memberi inisiatif kepada pengunjung (Bazar Ramadan Rahmah) e-wallet RM20 dan di setiap lokasi ada RM2,000 e-wallet akan dikeluarkan untuk membantu pengunjung membeli,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Tampin) mengenai modus operandi KPDN dalam memantau penjualan di bazar Ramadan tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI