fbpx

Netizen setuju ‘pilot darat’ paling ramai berbini dua, tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna media sosial berpendapat bahawa lelaki yang bekerja sebagai pemandu treler, lori dan bas antara penyumbang utama kepada perkahwinan poligami.

Tiga pekerjaan itu turut dikenali sebagai ‘pilot darat’ dimana tugas mereka sering berada di luar kawasan bagi memenuhi permintaan majikan serta pelanggan.

Menerusi tinjauan Kosmo! di platform media sosial, ramai yang berkongsi pandangan mendakwa tiga pekerjaan tersebut kurang masa bersama keluarga di rumah dan ia membuka ruang untuk mereka menjalin kasih dengan wanita lain.

“Lelaki yang berpoligami ini selalunya kerja apa?,” soal seorang pengguna Facebook menerusi hantaran yang dimuat naik malam tadi.

Pertanyaan pengguna itu disambut lebih 1,500 komen dan 1,700 tanda suka.

“Pilot darat. Sebab pandai memandu ke hati wanita dengan cermat,” kata Rozani.

“Pemandu lori. Tiga orang kawan aku pemandu lori ada dua bini (isteri). Utara seorang, Pantai Timur seoang. Aku je sayang satu bini,” kongsi Asyraf.

“Dari pengalaman geng ‘pilot darat’ yang ramai bini. Sebab aku pun terjebak juga. Alhamdulillah masih bahagia untuk tahun kelima ini,” cerita Md. Nawi.

Selain itu, antara pekerjaan lain yang popular dalam jawapan netizen adalah kakitangan kerajaan, golongan pesara dan juga ahli perniagaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI