PETALING JAYA – Selepas hampir dua bulan mengunci mulut, pempengaruh media sosial yang jugal model, Marissa Dania Hakim akhirnya secara terbuka apabila tampil melakukan sesi fotografi bersama suaminya, Aslam untuk sebuah jenama pakaian lokal.
Menerusi video yang kini tular dalam media sosial, Marissa, 20 yang tampil berpakaian sedondon berwarna hitam bersama Aslam yang dipercayai turut bertindak sebagai model jenama pakaian sama bagi keluaran hari raya Aidilfitri tahun ini.
Paling mencuri perhatian adalah adegan Marissa membetulkan butang baju milik Aslam dan mereka tidak kelihatan kekok digandingkan bersama.
Bukan diraikan sebaliknya gandingan Marissa dan Aslam meraih ribuan kecaman yang rata-ratanya tidak berpuas hati mengapa mereka berdua terbuka untuk muncul bersama sebagai model.
Tidak hanya itu, jenama pakaian tersebut turut dikecam kerana sanggup menggunakan individu yang terpalit kontroversi sebagai bahan promosi produk jualan mereka.
“Tergamak jenama ini ambil Marissa dan Aslam? Tiada hati dan perasaan atau rasa simpati terhadap isteri pertama ke?
“Berani ya Marissa buat sesi fotografi dengan Aslam. Hari itu Aslam minta beri ruang tapi muncul dengan Marissa pula.
“Menyesal pula sudah beli baju dengan jenama ini, kecewa sangat,” komen netizen.
Terdahulu, nama Marissa yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakin menjadi bualan hangat selepas didakwa telah berkahwin secara senyap di Thailand dengan Aslam yang berstatus suami orang.
Perkara tersebut seterusnya disahkan kakak ipar kepada Aslam dikenali sebagai Nadiah yang mengatakan Aslam sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.
Difahamkan, pasangan itu mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang sedang menunaikan umrah ketika berlangsungnya acara tersebut.
Pernikahan tersebut juga dikatakan berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa. – KOSMO! ONLINE