fbpx

Majikan beri pekerja hampir RM13,000 kerana nama anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIF diraikan oleh majikannya, Al Ziaby di Arab Saudi baru-baru ini. - Foto Tangkap Layar/Gulf News

RIYADH –  Seorang lelaki dari India yang bekerja dengan seorang pencipta kandungan terkenal Arab Saudi, diberikan hadiah berupa wang tunai sebanyak 10,000 riyal (RM12,623) selepas kelahiran cahaya mata.

Laman berita Gulf News melaporkan, Saif menerima hadiah itu kerana menamakan bayi perempuannya sempena nama isteri majikannya, Ghazi Al Ziaby iaitu Ghaida.

Dalam sebuah video yang dimuat naik, Ghazi dilihat memuji Saif dalam satu majlis yang dihadiri rakan-rakannya. Dia turut memberitahu bahawa Saif telah bekerja untuknya sebagai pemandu selama hampir setahun.

Video itu juga menunjukkan Saif memotong kek sebelum menyertai tetamu lain menari mengikut muzik India. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI