MESTI ramai tertunggu-tunggu mengenai pendedahan penghasilan busana ‘pokok’ yang digayakan Aina Abdul pada malam kemuncak AJL38.
Perekanya mendedahkan persalinan mengikut konsep Tree of Life itu mengambil masa 350 jam atau tiga minggu disempurnakan sehingga sanggup tidak meraikan Tahun Baharu Cina.
Diilhamkan suasana musim luruh, Melinda bersama 12 pekerja yang lain tidak bercuti demi merealisasikan impian Aina bermula dengan menjahit sulaman akar dengan campuran manik kaca Jepun, benang lurex, lateks, logam dan bahan lain.
Tapak persalinan itu pula dibuat menggunakan jalur jersi. Jenuh ya!
MIZZ LAHAR: Sahihkah video melampau seorang personaliti muda yang tersebar itu?