SEMPENA Ramadan pada tahun ini, Restoran Aladin, Subang Jaya, Selangor mempersembahkan masakan kulinari Asia Barat untuk set iftarnya.
Bagi set iftar, hidangan lengkap meliputi kebab Aladin, daging kambing dengan nasi mandy, ayam panggang Turkiye, humus, bubur lambuk, kuih-muih dan salad fattoush serta minuman istimewa.
Set iftar itu turut dilengkapi pencuci mulut seperti baklava, jewel in the pot (Om Ali) dan teh pudina.
Set dengan pilihan untuk lima, 10 atau 15 orang itu ditawarkan bermula pada harga RM277 sepanjang Ramadan ini.
Selain itu, hidangan Restoran Aladin boleh ditemui di bazar Ramadan sekitar Putrajaya dan Shah Alam.
Bagi hidangan bazar Ramadan, Restoran Aladin menyajikan whole chicken leg, lamb shoulder dan shank bersama nasi Arab.
Menurut cef Restoran Aladin, Cef Ayman Ibrahim, semua makanan yang dihidangkan merupakan resepi sentuhan khas restoran tersebut.
“Kami menyatukan setiap hidangan dengan cita rasa asli dari tanah air saya.
“Pelanggan memiliki pilihan untuk datang ke restoran di Subang Jaya atau bazar kami di Presint 9 dan 11 Putrajaya, USJ 4 dan Seksyen 28 di Shah Alam.
“Kami sangat gembira dapat mengambil bahagian dalam bazar Ramadan pada tahun ini,” jelasnya.
Bagi yang berminat untuk menempah set iftar di Restoran Aladin, orang ramai boleh menghubungi nombor
016-310 7777.