PETALING JAYA – Kaum lelaki yang mempunyai masalah batin diingatkan tidak berasa ego sekiranya isteri menyarankan mereka untuk mendapatkan rawatan.
Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, kebanyakan suami menolak untuk mendapatkan rawatan berikutan perasaan malu terhadap isteri.
“Ingat ia adalah tanggungjawab. Jangan aniaya isteri. Pemakanan, gaya hidup macam merokok, tabiat tengok video tak elok, semua ni perosak untuk batin lelaki,” katanya di Facebook.
Rata-rata orang ramai bersetuju dengan perkongsiannya itu, malah ada yang meminta nasihat untuk mengurangkan ego suami.
“Setuju sangat. Usia muda sekarang dah ramai ada masalah batin,” kata Muhammad Hassan.
“Masalah ini harus disuarakan,” ujar Wanie.
“Ada cara tak nak kurangkan ego lelaki? Sebab kalau berkaitan tenaga batin, lelaki yang selalu tak nak buat rawatan,” soal seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE