KUALA LUMPUR – Pelakon Zahirah Macwilson memilih untuk mengunci mulut berhubung kontroversi melibatkan namanya dengan suami, aktor Aiman Hakim Ridza bersama Fatiya Latiff.
Kata Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, andai dia ingin memberi komen sebagai jawapan balas terhadap Fatiya, sudah lama dia berbuat demikian.
“Saya rasa kalau nak komen sudah lama saya berbuat demikian.
“Rasanya awak sudah nampak selama ini macam mana.
“Kalau saya nak komen, memang sudah lama saya akan komen,” katanya pada majlis pelancaran koleksi raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur hari ini.
Manakala, suaminya Aiman memilih untuk berdiam diri apabila diajukan soalan mengenai kontroversi yang mengganggu kehidupan peribadinya.
Sebelum ini, Fatiya mencetuskan pelbagai kontroversi bermula dengan melabel pelakon Zahirah sebagai wanita berwajah bibik atau pembantu rumah.
Selain itu, dia juga mendakwa Aiman yang juga bekas kekasih masih mempunyai perasaan terhadap dirinya. – KOSMO! ONLINE