fbpx

Polis rakam keterangan tiga individu kes bunuh pasangan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian bunuh di ladang kelapa sawit di Kg. Cina, Pantai Remis di Manjung semalam.

LUMUT – Polis sudah mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan penemuan mayat pasangan suami isteri di kawasan kebun sawit di Pantai Remis, dipercayai dibunuh, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, tiga individu itu ialah isteri dan anak saudara suspek.

Menurutnya, polis turut merampas sabit pengait sawit, yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kes tersebut.

“Ketika anggota polis tiba di lokasi kejadian, didapati seorang wanita dan seorang lelaki berada di tempat kejadian dalam keadaan luka parah.

“Sementara, seorang lelaki dipercayai suspek kejadian berlegar-legar di kawasan tersebut dan polis terus menahannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di Seri Manjung, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI