fbpx

Suami warga China hilang lepas dua hari tiba di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huang Tong dilaporkan hilang sejak tidak dapat dihubungi isterinya pada dua minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga China dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke kediamannya di Kampung Attap, di sini, sejak dua minggu lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataannya hari ini berkata, orang yang hilang tersebut dikenali sebagai Huang Tong, 60, dengan bernombor pasport EF1344947.

Alamat terakhir lelaki tersebut di Opus Residence 8, Jalan Talala, Kampung Attap.

Polis menerima laporan daripada seorang wanita warga China berhubung kehilangan suaminya pada 25 Februari lalu.

“Suaminya tiba di Malaysia atas urusan perniagaan pada 22 Februari. Kali terakhir wanita itu menghubungi suaminya adalah pada 24 Februari lalu. Dia memaklumkan suaminya menginap di alamat kediaman tersebut.

“Wanita itu turut memberitahu suaminya sepatutnya pulang semula ke China pada Jumaat ini (8 Mac),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Sarjan Mohd. Al Hafis Jaffar di talian 03-92212222 atau 012-4433709 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI