fbpx

ADUN Selat Klang isytihar sokong Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari menjadi ADUN pertama daripada Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongannya kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Abdul Rashid berkata, keputusan tersebut dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan setelah meneliti titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri berada di landasan tepat demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Langkah ini juga adalah akibat dari beberapa siri tindakan PN terutamanya PN Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada Raja-raja Melayu.

“Ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam. Justeru setelah meneliti perkembangan semasa dan mengambil kira beberapa faktor utama, saya menyatakan sokongan kepada Amirudin,” katanya dalam kenyataan dikeluarkannya hari ini.

Beliau menjelaskan, keputusan tersebut juga bagi memastikan kesejahteraan rakyat negeri ini terutama penduduk di kawasan DUN Selat Klang yang akan menerima manfaat dari kerajaan yang stabil serta padu.

“Namun, saya kekal komited sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan terus berkhidmat sebagai ADUN Selat Klang,” tegasnya.

Sementara itu, Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San ketika ditemui pemberita di lobi DUN Selangor memaklumkan beliau belum menerima sebarang pemakluman berhubung tindakan Abdul Rashid setakat pukul 1.50 petang ini.

“Kedudukan (kerusi dalam DUN Selangor), saya akan bincang balik sebelum membuat keputusan berkaitannya.

“Kalau ikut perkembangan ini (penyataan sokongan Abdul Rashid kepada Amirudin) maka kedudukan PN di DUN Selangor adalah 21 kerusi,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI