fbpx

Seorang melecur, kedai nasi kandar Bangsar hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan nasi kandar yang terbakar 70 peratus dalam satu kejadian kira-kira pukul 11.44 pagi tadi di Jalan Bangsar Utama 6.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 45 tahun melecur dalam kebakaran di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Bangsar Utama 6, di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur,pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.44 pagi.

Katanya, operasi melibatkan enam buah jentera berserta 44 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pantai, Seputeh, Jalan Hang Tuah, Sri Hartamas.

“Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 11.51 pagi, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan sebuah restoran nasi kandar yang musnah 70 peratus.

“Terdapat seorang lelaki dewasa berusia 45 tahun melecur 80 peratus di badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas jurucakap itu, api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 12.40 tengah hari.

“Unit siasatan masih berada di lokasi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, kebakaran premis tersebut dilaporkan oleh beberapa pengguna media sosial di aplikasi X.

Kejadian itu juga memaksa pekerja di premis berdekatan keluar berkumpul di kawasan lapang kerana dikhuatiri kebakaran akan semakin memburuk.

Beberapa pengguna juga melaporkan mereka terdengar bunyi letupan sebelum ternampak kepulan asap dari premis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI