fbpx

Adira, Datuk Red masih tinggal sebumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Red yakin krisis rumah tangganya dengan Adira kerana masih tinggal serumah. Foto oleh FIRDAUS JOHARI

GOMBAK – Suami enggan bercerai dan mahu mempertahankan rumah tangga demi anak-anak, penyanyi Adira menegaskan dirinya sudah pernah berbuat demikian.

Ujar Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, semua yang dilakukan sekarang juga adalah untuk empat permata hati sehingga membuatkannya teguh dengan keputusan sama iaitu berpisah secara baik.

“Saya sebenarnya sudah lama fikir tentang anak-anak, sekarang ini semua yang berlaku pun kerana memikirkan kepentingan anak-anak.

“Dahulu saya rujuk pun sebab anak-anak kami, tiada sebab lain selain mereka.

“Setakat ini keputusan saya tetap sama untuk meneruskan perceraian ini, tidak akan berubah apa pun,” katanya kepada Kosmo! Online sejurus selesai mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, semalam.

Suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red pula percaya krisis rumah tangga mereka dapat diselamatkan apatah lagi mereka masih tinggal sebumbung.

Bahkan, ahli perniagaan itu mengakui isteri keduanya itu turut menggosokkan bajunya sebelum ke mahkamah pagi semalam.

Namun, pelantun lagu Ilusi itu menafikan kenyataan Datuk Red apabila memberitahu pakaian suaminya disiapkan pembantu rumah, bukan dirinya.

“Bukan saya yang gosok baju itu, bibik (pembantu) yang buat tapi betul kami masih serumah.

“Dekat rumah pun memang ada komunikasi antara saya dan dia, tidaklah bermasam muka.

“Tapi seperti saya cakap berulang kali sebelum ini, walau macam mana sekali pun, keputusan saya tetap sama (cerai). Itu sahaja yang saya boleh kongsikan setakat ini,” tuturnya tegas.

Proses mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, semalam gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI