fbpx

Kes masih empat angka, dua kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 masih melaporkan pada paras empat angka dengan 1,600 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 74,294 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,033 kes sekali gus jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 62,306 kes.

“Daripada jumlah kes baharu dilaporkan hari ini, sebanyak tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 1,597 kes adalah penularan tempatan.

“Terdapat dua lagi pertambahan kematian Covid-19 membabitkan seorang wanita dan lelaki berusia 76 dan 59 tahun di Sabah menjadikan sebanyak 384 kes kematian di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 129 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 57 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI