fbpx

Anang sekeluarga nak berpuasa, raya di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAHUN ini, Anang dan isterinya Ashanti merancang untuk berpuasa dan beraya di Tanah Suci, Mekah.

KERINDUAN menghayati suasana Ramadan di Tanah Suci mendorong keluarga penyanyi dan komposer Anang Hermansyah untuk kembali mengerjakan umrah dalam tempoh terdekat.

Perkara tersebut dikongsikan isterinya, Ashanty yang mengakui mereka sedang membuat persiapan ke Mekah untuk berlepas awal puasa nanti.

Menurut penyanyi itu, keluarganya dijadualkan ‘terbang’ pada hari ketiga Ramadan dan berada di sana sehingga Syawal bagi merasai suasana hari raya.

“Kemungkinan lama sebab tahun lalu pernah puasa di sana tetapi terus pulang, jadi nikmat dapat puasa dan solat tarawih di sana sungguh luar biasa.

“Jadi kali ini kami mahu beribadah serta merasai suasana Ramadan dan Syawal dengan disertai anak-anak,” kata Anang.

Begitupun tidak dapat dipastikan sama ada pemergian Anang sekeluarga kali ini turut disertai anak-anaknya bersama bekas isteri, Aurel bersama suami, Atta Halilintar selain Azriel Akbar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI