fbpx

Mahalini, Rizky tolak siaran eksklusif televisyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHALINI dan tunang setakat ini belum memutuskan mana-mana stesen televisyen berhak untuk siaran eksklusif pernikahan mereka.

SEMAKIN heboh diperkatakan mengenai majlis perkahwinan pasangan sensasi, Rizky Febian dan Mahalini yang didakwa bakal berlangsung pada September depan.

Biarpun enggan membuat sebarang pengesahan, kedua-dua mereka dikatakan sedang sibuk membuat persiapan majlis pernikahan mereka.

Tidak hairan beberapa stesen televisyen berebut mahu mengabadikan hari bersejarah pasangan penyanyi itu dalam sebuah program khas.

Difahamkan, sudah ada beberapa stesen memberi tawaran menarik untuk memiliki hak eksklusif terhadap acara yang dijangka menjadi antara perkahwinan mega selebriti Indonesia tahun ini.

Setakat ini, Mahalini dan Rizky enggan memenuhi permintaan tersebut kerana lebih selesa dengan bersederhana dalam merealisasikan hari bahagia yang disifatkan sentimental.

Rata-rata peminat juga memuji Rizky dan Mahalini yang disifatkan tidak dikaburi wang ringgit, sebaliknya lebih mementingkan privasi.

Pada masa sama, difahamkan bapa kepada Rizky yang merupakan pelawak terkenal, Sule telah menghadiahkan sepasang cincin berlian kepada bakal pengantin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI