fbpx

Lee Zii Jia siap gegarkan Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mampu melonjakan kedudukan ranking dunia sekiranya berjaya melangkah ke pentas final Terbuka Perancis.

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia dijangka sudah bersedia sepenuhnya bagi menggalas misi pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis yang berlangsung di Paris bermula semalam hingga Ahad ini.

Bekas pemenang kejohanan All England itu dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk melangkah ke pusingan seterusnya apabila dijadualkan menentang pemain Denmark, Magnus Johannesen di pusingan pertama hari ini.

Berdasarkan prestasinya sebelum ini, Zii Jia memiliki rekod yang cukup baik setiap kali beraksi di pentas Eropah sejak 2020 apabila lima kali melangkah ke pentas final selain muncul juara dua kejohanan, iaitu All England 2021 dan Terbuka Arctic tahun lalu.

Jurulatihya, Wong Tat Meng mengakui, pemain No.10 dunia itu sudah mula menunjukkan peningkatan positif meskipun masih ada beberapa aspek yang masih perlu diperbaiki bagi mendapatkan aksi sempurna.

“Memang ada peningkatan, tetapi tidak terlalu cepat. Saya pun tidak mengharapkan prestasinya meningkat dalam tempoh singkat kerana baru beberapa bulan sahaja saya menjadi jurulatihnya.

“Apa yang lebih penting adalah saya nampak dia kini semakin stabil dan lebih yakin dengan corak latihan saya. Dia perlu diberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan corak latihan berbeza,” kata bekas jurulatih Korea Selatan itu.

Pada saingan musim ini, Zii Jia boleh dianggap menampilkan aksi cukup memberangsangkan apabila tiga kali melangkah ke suku akhir ketika beraksi pada Terbuka India dan Masters Indonesia.

Selain itu, dia turut membantu skuad badminton lelaki negara muncul naib juara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 Februari lalu selepas menang ketiga-tiga perlawanan yang dihadapi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI