fbpx

Maidam terima zakat RM255 juta, agih RM258 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaikh Harun (tiga dari kiri) menyantui salah seorang asnaf fakir miskin yang meneirma bantuan zakat sempena Ramadan di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berjaya mengutip lebih RM255 juta zakat pada tahun lalu iaitu peningkatan 11.9 peratus berbanding tahun 2022.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismai, berkata, kutipan zakat pendapatan merupakan penyumbang terbesar iaitu lebih RM135.2 juta manakala zakat perniagaan pula RM58.4 juta.

“Secara keseluruhan sepanjang tahun lalu Maidam telah berjaya mengutip RM255,274,985.43 zakat yang juga peningkatan 11.9 peratus berbanding tahun 2022.

“Biarpun tidak mencapai sasaran awal iaitu RM260 juta, namun kejayaan mengutip 95 peratus daripadanya tetap dianggap kejayaan,” katanya pada program Agihan Bantuan Zakat sempena Ramadan di sini hari ini.

Shaikh Ismail berkata, Maidam turut berjaya mengutip zakat wang simpanan (RM38.8 juta), zakat fitrah (RM10.3 juta), zakat harta (RM9.9 juta) serta zakat emas dan perak (RM1.8 juta).

Selain itu beliau memberitahu, zakat tanaman turut menyumbang kutipan RM409,619.30, zakat ternakan sebanyak RM141,055.60 dan zakat galian, RM23,134.74.

Dalam perkembangan sama, Shaikh Harun memberitahu, Maidam mengagihkan zakat sebanyak RM258 juta kepada, asnaf berkelayakan sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, ia meningkat 10 peratus berbanding tahun sebelumnya berikutan penambahan asnaf miskin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI