fbpx

Sanusi dakwa ada plot gagalkan rancangan keluar Beras Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini terdapat plot untuk menggagalkan usaha kerajaan negeri mengeluarkan Beras Kedah.

Muhammad Sanusi mendakwa, selepas beliau mengumumkan hasrat Kedah untuk mengeluarkan beras lebih murah daripada harga pasaran, terdapat usaha pihak tertentu agar tiada yang menjual beras kepada Kedah.

“Sebelum ini negara mengalami kecelaruan dalam industri beras tempatan diisebabkan itu, Kedah selaku negeri pengeluar beras (mahu hasilkan beras sendiri), tetapi tak dibenarkan kawal pengeluaran dan pemasaran hasil padi.

“Apabila kita uarkan mahu keluarkan Beras Kedah, ada respons (diterima) supaya tidak ada pihak jual beras kepada Kedah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Najmi Ahmad (PN-Kupang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman  di sini, hari ini.

Najmi bertanyakan mengenai perancangan negeri dalam menjamin bekalan makanan bagi menghadapi tempoh krisis makanan global akan datang.

Pada 18 Februari lalu, Muhammad Sanusi mengumumkan kerajaan negeri merancang mengeluarkan produk Beras Kedah pada harga lebih murah berbanding harga pasaran bagi membolehkan rakyat negeri ini dapat membelinya.

Muhammad Sanusi menambah, sekatan seperti ini tidak wajar berlaku apatah lagi ia menggambarkan politik kuno diamalkan di negara ini.

“Walaupun industri beras dikawal sepenuhnya oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, namun Kedah bersedia memberikan kerjasama sewajarnya dalam merealisasikan Beras Kedah.

“Saya yakin Jabatan Pertanian dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dapat berurusan, biarpun dari segi politik tidak seperti diharapkan. Masih ada politik kuno diamalkan untuk mengasingkan kerajaan negeri dengan agensi Persekutuan. Saya perlu buat teguran terbuka di dewan yang mulia ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI