fbpx

SPRM digesa siasat ketirisan projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Shah (tiga kanan) bersama penduduk dan Persatuan Kebajikan dan Sosial Selangor selepas membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung dakwaan ketirisan projek pembinaan kolumbarium. Foto : NOR AZIHAN MD. GHAZALI

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan wujudnya ketirisan kelulusan projek pembinaan kolumbarium (tempat letak abu mayat) setinggi lima tingkat di Lot 1092 Taman Bukit Lipat Kajang, Klang.

Ini termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim kerana disyaki bersubahat dengan pihak pemaju dan pemilik tanah kelulusan projek tersebut.

Wakil penduduk Taman Bukit Lipat Kajang, Khairul Shah Abdullah berkata, ini susulan tindakan pemilik tanah dan pemaju yang enggan memanggil penduduk untuk dalam mesyuarat perbincangan pembinaan itu yang dijadualkan esok.

Katanya, sebaliknya mereka didakwa telah memanggil Chang Khim untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

“Kita mendapat maklumat pihak berkaitan telah memanggil semua persatuan Cina termasuk pemilik tanah dan pemaju untuk berbincang namun bukan penduduk.

“Perkara itu membuatkan kami kesal dan laporan dibuat kepada SPRM Selangor bagi menyiasat sama ada wujud ketirisan berhubung projek itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat SPRM Selangor, Seksyen 15 hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan menerima memorandum tersebut.

“Saya mengesahkan terima memorandum tersebut dan sedang meneliti sama ada wujud unsur-unsur rasuah,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI