KLANG – Empat penumpang helikopter AW139 milik Maritim Malaysia (APMM) yang terhempas di Pulau Angsa, dilaporkan selamat.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 10 pagi dengan helikopter berkenaan dalam operasi pemantauan di perairan Klang.
Pasukan keselamatan kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian bagi membantu semua anggota dan pegawai APMM berkenaan. – KOSMO! ONLINE