fbpx

Sabah umum RM7.50 kadar zakat fitrah tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabah mengumumkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7.50 tahun ini. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

KOTA KINABALU – Sabah mengumumkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7.50 tahun ini.

Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin memaklumkan kadar berkenaan ditentukan berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di negeri berkenaan.

“Jumlah keseluruhan kutipan zakat fitrah tahun lalu adalah berjumlah RM11,251,061.26 membabitkan 1,607,201 orang pembayar.

“Bilangan terbabit menunjukkan peningkatan seramai 46,587 pembayar atau 2.99 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan seramai 1,560,614 orang.

“Keseluruhan kutipan zakat harta diperolehi pula adalah RM134,051,385.46 bagi tahun 2023,” katanya ketika sidang media khas Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah hari ini.

Mengulas lanjut, Yahya turut menyatakan pihak MUIS juga sudah melantik seramai 2,200 orang wakil amil dan 40 orang penyelaras wakil amil bagi menyelaraskan serta memungut zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan 2024.

Sementara itu, beliau memaklumkan MUIS menyasarkan sebanyak RM156,725,000.00 bagi keseluruhan kutipan zakat sepanjang Ramadan tahun ini.

Menurutnya, jumlah berkenaan dijangka membabitkan RM11,725,000.00 untuk kutipan zakat fitrah manakala RM145 juta bagi zakat harta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI