fbpx

Remaja kurang siuman bertindak agresif di Masjid Bandar Tangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja kurang siuman bertindak agresif di Masjid Bandar Tangkak.

TANGKAK – Seorang remaja lelaki disyaki mempunyai masalah kesihatan mental telah bertindak agresif di dalam Masjid Jamek Bandar Tangkak, malam semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman, pihak polis menerima maklumat dari orang awam mengenai kejadian kira-kira pukul 10.30 malam.

“Setibanya di masjid berkenaan, terdapat seorang remaja tempatan berumur dalam lingkungan 18 tahun dalam keadaan tidak terkawal sedang berada diruang solat masjid.

“Hasil siasatan awal mendapati remaja itu telah mengalami kemurungan dan bercakap seorang diri sejak tiga hari lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Idris, ahli keluarga mangsa yang tinggal tidak jauh dari kawasan Balai Polis telah berjaya dihubungi dan telah membawanya ke Hospital Tangkak bagi menerima rawatan kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI