fbpx

Perlawanan amal mengenang Allahyarham Khalid Ali meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai pemain bertaraf legenda sempat meluangkan masa beraksi pada perlawanan amal mengenang Allahyarham Khalid Ali di Kelana Jaya malam tadi.

PETALING JAYA – Satu perlawanan amal bagi memperingati Allahyarham Khalid Ali telah diadakan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya malam tadi melibatkan pasukan Kelab Sultan Sulaiman (KSS) dan bekas pemain legenda PKNS FC.

Antara pemain-pemain bertaraf legenda Harimau Malaya yang yang hadir pada perlawanan adalah Datuk Zainal Abidin Hassan, Datuk Dollah Salleh, Datuk Ahmad Yusof, Nizaruddin Yusof, Azizon Abdul Kadir, P. Maniam, dan P. Gunalan.

Selain itu, beberapa individu berpengaruh bola sepak tempatan turut hadir bagi menunjukkan solidariti seperti Setiausaha Agung AFC, Datu Seri Windsor John, Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram dan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon selain Datuk K. Rajagobal dan Datuk Dell Akbar Khan.

Zainal yang juga adik kepada Khalid mengakui sangat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan bola sepak yang sebelum ini cukup akrab dengan Allahyarham.

“Kita semua tahu sumbangan Allahyarham Khalid dalam bola sepak Malaysia apabila membantu skuad kebangsaan layak ke saingan Sukan Olimpik 1980.

“Perlawanan amal ini dibuat khas untuk mengenang jasanya selain mendapatkan sumbangan bagi membantu keluarga Allahyarham,” kata Zainal.

Sebagai rekod, Allahyarham Khalid telah meninggal dunia pada usia 66 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 6 Februari lepas selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN