fbpx

37 mangsa banjir Rantau Panjang di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini paras air Sungai Golok di Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG – Seramai 37 orang mangsa banjir daripada lapan buah keluarga masih lagi berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, di sini meskipun keadaan cuaca di kawasan ini sudah semakin baik.

Rata-rata mangsa itu dari Kampung Tok Deh yang masih ditenggelami air banjir ekoran limpahan air Sungai Golok.

Menurut laman sesawang infobanjir.water.gov.my paras air Sungai Golok menurun berbanding beberapa hari lalu yang menunjukkan paras bahaya.

Setakat pukul 4 petant, paras air sungai itu masih berada di paras amaran iaitu 8.53 meter.

Bagaimanapun mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman bakal berlaku pada petang ini dan tiada sebarang hujan pada waktu malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI