fbpx

Demi watak, Vicky Kaushal naikkan berat 25kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VICKY KAUSHAL

SEDAR hanya aktor bertubuh sasa yang diperlukan untuk beraksi dalam filem Chhava untuk membawa watak lelaki gagah bernama Chhatrapati Sambhaji Maharaj, Vicky Kausal tidak boleh goyang kaki,

Bagi memastikan karakternya menyerlah, pengarah memintanya ‘buat’ badan agar kelihatan lebih berotot.

Ini bermakna pelakon berusia 35 tahun itu perlu mengambil protein dan mengamalkan rejim pemakanan serta senaman membina otot yang kental.

Menurutnya, berbanding berat badan sebelum ini antara 70 kilogram (kg) sehingga 75kg, berat sasaran yang perlu diraih adalah melebihi 100kg.

Menjelang penggambaran yang dijadualkan bermula pada September depan, Vicky kini kerap berulang-alik ke gimnasium bahkan harus mengupah jurulatih kesihatan bagi mendapatkan hasil optimum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI