fbpx

F1: Mercedes dijangka hubungi Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN memburu kejuaraan dunia buat kali keempat musim ini dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan pada aksi pembuka tirai di GP Bahrain Sabtu lalu. - AFP

LONDON – Penasihat pasukan Red Bull, Helmut Marko menjangkakan kemungkinan Mercedes akan menghubungi juara dunia tiga kali berturut-turut Formula Satu (F1), Max Verstappen untuk mengambil alih tempat yang ditinggalkan Lewis Hamilton bermula musim depan.

Hamilton sah menyertai Ferrari pada 2025 dan ia bermakna pasukan Mercedes ketika ini sedang sibuk mencari pengganti yang sesuai untuk menggantikan tempat juara dunia tujuh kali F1 tersebut.

Bagaimanapun, Mercedes tidak akan berdepan jalan mudah untuk mendapatkan Verstappen kerana pelumba Belanda itu memiliki kontrak bersama Red Bull sehingga 2028.

“Saya akan terkejut jika mereka (Mercedes) tidak melakukannya. Tetapi, apa yang boleh saya katakan ialah Max (Verstappen) seorang pemandu yang setia,” kata Marko.

Mercedes sebelum ini mengakui bahawa mereka tidak terburu-buru mencari pengganti Hamilton biarpun beberapa nama telahpun dikaitkan menyertai pasukan tersebut.

Antara nama dikatakan menyertai pasukan berpangkalan Brackley, England ialah Mick Schumacher, Carlos Sainz, Esteban Ocon, Alex Albon, dan juga dua pelumba F2, Federik Vesti serta Andrea Kimi Antonelli.

Bagaimanapun, Mercedes mendedahkan mereka mencari pelumba muda agar dapat mengikat kontrak lebih lama selain membangunkan jentera mereka menjelang musim 2026 yang akan menggunakan peraturan baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI