fbpx

Sultan Kelantan titah jajaran ERCL diteruskan ke Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (kanan) membacakan Perutusan Titah Ucapan Sultan Kelantan pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan Yang Ke-15, Tahun 2024 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah agar jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga ke Rantau Panjang.

Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Baginda bertitah, langkah itu mampu mengukuhkan hubungan negara antara Malaysia dan Thailand dalam memacu pertumbuhan ekonomi antara sempadan.

“Selain itu, projek-projek tertangguh yang lain seperti jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai, Jambatan Palekbang dan Lebuh Raya Pantai Tumur Fasa Tiga (LPT 3) dapat disegerakan bagi memastikan rakyat beroleh manfaatnya,” titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Yang Ke-15, Tahun 2024 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Berdasarkan rekod, jajaran ECRL sejauh 665 kilometer itu bermula dari stesen Pelabuhan Klang, Selangor dan berakhir di stesen Kota Bharu.

Sultan Muhammad V bertitah, baginda bersimpati dengan rakyat yang telah ditimpa dengan bencana banjir baru-baru ini.

Titah baginda, suatu penyelesaian yang komprehensif perlu dibuat dengan kadar segara bagi menyelesaikan masalah bencana banjir.

“Beta dimaklumkan kemajuan projek pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dan Sungai Golok Fasa 1 berada pada tahap 92 peratus.

“Beta ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelulusan peruntukan bagi meneruskan pelaksanaan PLSB Sungai Kelantan Fasa 2 dan Sungai Golok Fasa 3,” titahnya.

Baginda bertitah, projek tersebut diharap akan dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI