fbpx

Bekas banduan ditahan terlibat kes pecah rumah, kedai dan bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua bekas banduan ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari D9 dan JSJ Kontinjen Sabah ekoran dipercayai terlibat beberapa kes pecah rumah, kedai serta bengkel sekitar daerah Kota Kinabalu dan Penampang. Foto Ihsan Polis

KOTA KINABALU – Dua bekas banduan ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah ekoran dipercayai terlibat beberapa kes pecah rumah, kedai serta bengkel sekitar daerah Kota Kinabalu dan Penampang.

Kedua-dua suspek terdiri lelaki berusia 25 dan 32 tahun itu ditahan semalam di kawasan stesen minyak di Jalan Lintas Luyang sekitar pukul 3.30 pagi.

Ketua JSJ Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim berkata, pemeriksaan ke atas beg milik suspek menjumpai beberapa alat dipercayai digunakan untuk pecah rumah.

Mengulas lanjut, Azmi menyatakan semua suspek dipercayai turut terbabit dalam penagihan dadah.

“Tangkapan dan rampasan barangan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Siasatan masih lagi diteruskan untuk mengesan kemungkinan ada lagi rakan sejenayah suspek dan mengenal pasti pembabitan suspek dalam kes lain,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI