fbpx

66 warga asing bekerja tanpa permit diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada warga asing yang ditahan dalam Ops Gegar yang dijalankan di seluruh negeri Johor, kelmarin. Foto IHSAN IMIGRESEN

JOHOR BAHRU – Seramai 66 warga asing termasuk empat majikan warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam Ops Gegar di seluruh negeri ini, kelmarin.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, bertindak atas maklumat awam, pihaknya melakukan serbuan terhadap 34 premis pusat refleksologi, premis hiburan dan restoran yang disyaki menggaji pekerja asing tanpa pas yang sah.

Katanya, operasi dua hari itu dijalankan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguat kuasa Negeri dibantu penguat kuasa Cawangan Segamat, Batu Pahat, Mersing dan Muar.

“Seramai lebih 324 warga asing termasuk warga tempatan telah diperiksa dan jumlah tahanan melibatkan lima lelaki dan 37 wanita Thailand, tujuh lelaki Myanmar, empat wanita Vietnam, seorang lelaki dan dua wanita Indonesia, dua wanita China, dua lelaki dan seorang wanita Sri Lanka dan seorang lelaki Bangladesh,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baharuddin berkata, kesemua yang ditahan adalah berusia lingkungan 18 hingga 54 tahun.

Tambahnya, tangkapan turut dibuat terhadap empat lelaki warga tempatan yang dipercayai penjaga premis berusia antara 21 hingga 43 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua yang ditahan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) serta tinggal lebih masa di Malaysia.

“Kesemua yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6(1)(c) iaitu tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, mesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan dan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI