fbpx

Olivia Rodrigo tidak minum arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLIVA Rodrigo

PENYANYI Olivia Rodrigo menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21 tahun pada 20 Februari lalu dengan mengadakan pesta minuman keras, sebagai simbolik meraikan dirinya kini sudah meningkat dewasa

Bagaimanapun, pelantun Vampire itu berkata, dia tidak akan mengambil minuman beralkohol tetapi mengadakan ‘pesta arak’ sebagai simbolik menunjukkan dirinya telah beralih fasa daripada seorang remaja kepada gadis dewasa.

“Pada hari ulang tahun kelahiran yang ke-21, saya telah membeli enam tin minuman keras, tetapi saya tidak meminumnya.

“Saya telah berjanji dengan peminat untuk tidak mengambil minuman keras,” katanya.

Sedang terlibat dengan konsert jelajah Guts World Tour di California, Amerika Syarikat, Rodrigo juga tidak akan mengambil minuman beralkohol hanya untuk membuktikan diri sudah dewasa. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI