fbpx

Doa buat Bieber, isteri bimbangkan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUSTIN Bieber dan isteri, Hailey Baldwin.

BAPA mentua bintang pop, Justin Bieber, Stephen Baldwin membuatkan peminat tertanya-tanya apabila memuat naik foto menantu dan anaknya, Hailey Baldwin berserta doa potongan doa untuk pasangan itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik lelaki itu dalam InstaStory miliknya, Stephen memohon doa kepada Tuhan agar anak dan juga menantunya berada dalam keadaan baik.

“Semoga anak saya, Hailey Baldwin dan menantu, Justin Bieber berada dalam keadaan baik. Moga Tuhan bersama kalian berdua,” tulisnya.
Kata-kata yang diucapkan oleh Stephen itu pantas menarik perhatian para pengikut pasangan suami isteri popular itu.

“Apa yang berlaku sebenarnya? Saya selalu mendoakan supaya Bieber dan isterinya berada dalam keadan baik,” ujar seorang peminat.

Netizen lain pula beranggapan, doa yang ditujukan kepada pelantun lagu Baby itu ada kaitan dengan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Seperti semua sedia maklum, Bieber sebelum ini pernah disahkan menghidap sejenis penyakit yang jarang ditemui dikenali sebagai Ramsay Hunt Syndrome, iaitu melibatkan serangan pada bahagian saraf yang berisiko untuk melumpuhkan wajahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI