fbpx

Seorang lagi maut nahas dua kereta di Jalan Gua Musang – Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua buah kereta yang bertembung di Kilometer 76.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, hari ini. Foto ROSMIZAM RESDI

KUALA KRAI – Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam nahas dua buah kereta di Kilometer 76.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini, disahkan meninggal dunia.

Mangsa yang merupakan penumpang kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia kira-kira pukul 3.15 petang tadi semasa menerima rawatan di zon merah Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini.

Kematian mangsa itu menjadikan empat orang yang dipercayai ahli keluarga, maut dalam nahas terbabit.

Pemangku Ketua Polis Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, siasatan awal mendapati, kereta jenis Perodua Myvi sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang, manakala kereta jenis Nissan March pula berada di laluan bertentangan.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta Nissan March itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Myvi yang dinaiki empat beranak.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu dan dua penumpang kereta tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian. Seorang lagi penumpang kereta itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di HSIP.

“Pemandu kereta Nissan March itu pula mengalami kecederaan parah manakala penumpangnya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, tiga maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI