fbpx

Dua budak lelaki lemas di Pantai Teluk Lipat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang mengusung mayat Muhammad Atiff Farrduqi yang lemas di Unit Forensik Hospital Dungun, hari ini.

DUNGUN – Keseronokan tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Omar di sini menghabiskan cuti persekolahan dengan mandi-manda bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut akibat lemas di Pantai Teluk Lipat, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu Muhammad Danish Mikail Abdullah, 9, dan Muhammad Atiff Farrduqi Zainuddin,11, lemas akibat dihanyutkan arus deras laut.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mayat Muhammad Danish Mikail dan Muhammad Atiff Farrduqi ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masing-masing pada pukul 4.55 dan 6.25 petang.

“Sebelum kejadian, mereka bersama seorang rakan sekampung, Ahmad Aril Farhan Mat Zain, 11, dikatakan mengunjungi pantai peranginan tersebut untuk mandi pada pukul 2.30 petang.

“Ketiga-tiga kanak-kanak lelaki yang berasal dari Kampung Alor Tempoyak di sini kemudiannya tiba-tiba dihanyutkan arus deras kira-kira setengah jam kemudian,” katanya di sini, hari ini.

Maizura berkata, hanya Ahmad Aril Farhan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.

“Pasukan SAR menjumpai mayat Muhammad Danish Mikail serta Muhammad Atiff Farrduqi pada kedudukan 150 meter dan 300 meter dari lokasi mereka hilang dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI