fbpx

Penunggang maut kemalangan libat enam motosikal di Lekas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebahagian motosikal yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan enam buah motosikal di Kilometer (KM) 27.6 arah utara Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Mangsa, remaja perempuan berumur 22 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, salah sebuah motosikal tersebut dipercayai terbabas manakala yang lainnya tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku pelanggaran sesama mereka.

“Ia menyebabkan seorang perempuan berumur 22 tahun iaitu penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Lima penunggang lain yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dapatkan rawatan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI