fbpx

Pemandu maut tersepit, ‘steamroller’ masuk gaung 25 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu steamroller disahkan maut selepas kenderaan itu terjatuh gaung sedalam 25 meter. Foto IHSAN BOMBA KL

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu jentera penggelek (steamroller) maut kerana tersepit selepas kenderaan dipandunya itu terjatuh ke dalam gaung sedalam 25 meter di Kampung Cheras Baru, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.07 petang seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Katanya, seramai 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras dan BBP Bandar Tun Razak dikerahkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi Kanan, Mohd Khairul Azmi Jaafar, jentera penggelek itu terjatuh ke dalam gaung sedalam 25 meter.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit dan berjaya diselamatkan menggunakan peralatan menyelamat, bagaimanapun, mangsa tersebut disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mangsa warga India berusia 41 tahun itu dipercayai pemandu jentera tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI