JAKARTA – Seorang lelaki memberikan 50 kilogram beras sebagai salah satu mas kahwin dalam majlis pernikahan di wilayah Jawa Timur, lapor portal berita TribunJatim.
Irwan Sokip, 29, yang berasal dari Ponorogo, memberikan beras tersebut kelmarin selepas menanam padi untuk dijadikan hantaran buat tunangnya, Ikrima Zakiyah, 26.
“Ada 50 kilogram beras yang saya jadikan mas kahwin,” katanya.
Selain beras, dia turut menjadikan emas seberat 1.5 gram, kelengkapan solat dan wang 2.4 juta rupiah (RM725.34) sebagai mas kahwin.
Dia memberikan beras sebagai mas kahwin ketika harga makanan ruji itu melonjak tinggi di Indonesia. – AGENSI