BERLIN – Seorang askar didakwa membunuh empat orang termasuk seorang kanak-kanak di sebuah rumah di Scheebel, Jerman, lapor portal berita MailOnline semalam.
Mangsa yang dibunuh merupakan bekas teman wanitanya, anak wanita berkenaan, teman lelaki baharunya dan ibu lelaki tersebut.
Polis melancarkan operasi sekitar pukul 3.30 pagi (waktu tempatan) semalam.
Sebilangan anggota polis berkejar ke lokasi kejadian di daerah Rotenburg susulan aduan bunyi tembakan, manakala sebuah helikopter digunakan untuk memburu suspek penembak.
Polis menyerbu rumah itu dan mendapati terdapat beberapa mangsa di dalamnya.
Polis tidak menolak motif pembunuhan berpunca daripada masalah yang berlaku dalam ‘persekitaran keluarga tersebut’.
Suspek kemudian menyerah diri kepada polis.
Peluru dan bahan letupan ditemui di dalam kereta askar tersebut selain beberapa majalah senjata api turut dirampas. – AGENSI