fbpx

EPL: Guardiola bimbang tersilap langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPTION: CITY dilihat berada pada prestasi terbaik dan dilihat mampu untuk melebarkan rekod penguasaan terhadap United pada aksi malam ini. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberi amaran kepada para pemainnya supaya mengekalkan tahap konsisten ketika perlawanan apabila bakal menerima kunjungan seteru setempat mereka, Manchester United di Etihad malam ini.

Pengendali dari Sepanyol itu menjangkakan mereka bakal berdepan tugas sukar dan percaya United akan turun dengan aksi paling sempurna berdepan mereka kali ini ketika City mahu terus mengekalkan penguasaan terhadap musuh utama mereka itu.

The Citizens berjaya meraih lima kemenangan dalam enam pertemuan terakhir menentang United dalam semua kejohanan dan ketika ini memiliki kelebihan 15 mata ke atas jiran mereka itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Ketika ini mereka ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Liverpool menyebabkan aksi menentang United tidak mungkin akan dipandang mudah dalam usaha memastikan kemenangan bagi mencabar kejuaraan liga serta memburu gelaran trebel kedua.

“Saya jangkakan cabaran sukar diberikan United. Saya menghormati mereka dan tidak mahu bercakap mengenai kemampuan dan apa yang mereka boleh lakukan. Saya tidak mahu orang tersilap faham.

“Saya mengenali mereka (United). Para pemain saya harus faham mengenai apa yang mereka mampu lakukan pada perlawanan itu nanti. Kami perlu bersedia dan kemenangan adalah tujuan utama kami,” katanya.

Guardiola percaya bahawa biarpun United berdepan satu lagi musim yang penuh pancaroba ekoran prestasi pasukan yang terumbang-ambing, mereka masih memiliki kemampuan memberikan ancaman besar.

“Mereka mampu mencipta sesuatu yang istimewa melalui set-piece, transisi permainan, corak permainan terbuka dan gandingan melibatkan satu atau dua pemain yang mampu menghasilkan jaringan.

“Selalunya mereka ada kelebihan seperti itu. Apabila mereka mampu bermain baik, dalam keadaan baik dan tanpa sebarang tekanan, mereka akan memenangi perlawanan.

“Kita sudah berada di bulan Mac 2024, mereka hanya tewas satu perlawanan, pada minggu lalu berdepan Fulham. Jadi, kami tidak boleh mengambil mudah aksi kali ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI