fbpx

Takrifan pemerkasaan ekonomi Bumiputera tidak hanya penguasaan ekuiti – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) , hari ini. FOTO AMIR KHALID/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Takrifan pemerkasaan Bumiputera tidak boleh hanya dilihat menerusi penguasaan ekuiti sahaja sebaliknya menerusi penyertaan, penguasaan dan pemilikan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau melihat Dasar Ekonomi Bumiputera (DEB) itu berjaya kerana ia mengeluarkan Bumiputera dari kelompok miskin tegar dan memperkasakan pendidikan.

Beliau berkata, dasar yang digerakkan pada tahun 1970-an hingga 2000 itu kini berjaya melahirkan kelompok kelas pertengahan yang teramai di negara ini.

“Kita tidak perlu lihat pemerkasaan Bumiputera dalam soal pemilikan ekuiti sahaja sebaliknya penyertaan, penguasaan dan pemilikan mereka secara keseluruhan.

“Dalam aspek penguasaan Bumiputera, kita lihat pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikuasai oleh Bumiputera,” katanya Sesi Fireside Chat: Aspirasi Masa Hadapan Bumiputera sempen Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di sini hari ini.

Katanya, syarikat GLC dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) bukan berstatus Bumiputera namun, pengurusan utamanya dikuasai profesional bumiputera.

Menurutnya, ketika ini, kelompok menengah Bumiputera menjadi penambah nilai kepada GLC menerusi penguasaan di jawatan utama.

“Mereka ini lebih selesa makan gaji dan kekal ditahap itu. Jika nak dibanding dengan bukan Bumiputera, mereka tidak akan kekal disitu sebaliknya keluar dan buka syarikat sendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI