fbpx

Budak autistik hilang lebih 6 jam ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak perempuan autistik ditemui selamat malam tadi selepas lebih enam jam hilang sejak petang semalam. Foto Ihsan Pembaca

PENAMPANG – Seorang kanak-kanak perempuan autistik ditemui selamat malam tadi selepas lebih enam jam hilang sejak petang semalam.

Avelyn Alesha Jude, 6, ditemui kira-kira lima kilometer dari kediamannya di kawasan hutan Kampung Sugud pada pukul 10.20 malam.

Bapa saudara Avelyn Alesha, Mestan Eden berkata, orang kampung menemui anak saudaranya itu ketika sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Adik saya (ibu kepada Avelyn) memberitahu bahawa mereka bersembahyang dan berdoa sebelum mencari Avelyn. Mereka turut bunyikan paluan gong ketika mencari Avelyn.

“Kami sekeluarga bersyukur Avelyn sudah ditemui dalam keadaan selamat dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE),”  katanya.

Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Ishak Amran berkata, pihaknya menerima maklumat mangsa berjaya ditemui oleh penduduk kampung.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke HQE menaiki kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, Avelyn Alesha disedari hilang kira-kira pukul 4 petang oleh ibunya di rumah mereka di Kampung Sugud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI