fbpx

Perancis tuntut siasatan bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJOURNE selepas menyampaikan ucapan di Kedutaan Perancis di Buenos Aires pada 20 Februari lalu. – AFP

PARIS – Perancis mahu siasatan bebas dilancarkan berhubung kematian ratusan penduduk Palestin semasa penghantaran bantuan asas ke utara Semenanjung Gaza, kata Menteri Luar Stephane Sejourne hari ini.

“Kami akan meminta penjelasan dan akan ada siasatan bebas bagi mengenal pasti apa yang berlaku,” Sejourne memberitahu badan penyiaran France Inter selepas askar Israel melepaskan tembakan terhadap penduduk Palestin yang bergegas untuk mendapatkan bantuan makanan.

Tragedi di Bandar Gaza itu menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Perancis tidak akan ‘berat sebelah’ dalam konflik Asia Barat, kata Sejourne sambil menambah: “Perancis berterus terang tanpa berselindung”.

“Hal ini jelas apabila kami melabelkan Hamas kumpulan pengganas tetapi kami juga perlu jujur  tanpa berselindung apabila berlaku kekejaman di Gaza.

“Sekiranya siasatan mendapati insiden tembakan Israel itu adalah jenayah perang, jelas perkara ini akan diserahkan kepada badan kehakiman,” katanya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI