fbpx

Malaysian University buru gelaran trebel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANIM (kiri) berjaya meledak satu gol ketika menewaskan CS Mustang pada aksi terakhir MHL 2024 di Stadium Hoki Nasional kelmarin. – PKS UNITEN HOKI

JUARA berganda, Malaysian University menyasarkan Piala Vivian May Soars bagi melengkapkan kejuaraan trebel musim ini selepas berjaya merealisasikan impian menjulang Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024.

Ketua Jurulatih Malaysian University (MU), Lailin Abu Hassan berkata, pasukannya perlu kekal fokus menjelang aksi separuh akhir pertama menentang Negeri Sembilan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 5 Mac ini.

Lailin berharap anak-anak buahnya tidak dibuai dengan kejayaan kerana perjalanan musim ini masih belum ber­akhir selain Negeri Sembilan juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

“Semua sama kuat, jadi kita perlu duduk dan menganalisis perlawanan Negeri Sembilan sebelum ini.

“Kita perlu lihat semula kesilapan pasukan MU semasa perlawanan dan analisis kekuatan yang ada pada Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, barisan pemainnya perlu mengekalkan konsentrasi semasa perlawanan kerana apa sahaja boleh berlaku di peringkat kalah mati.

Kelmarin, Malaysian University mengesahkan kejuaraan liga menjadi milik mereka menerusi kemenangan tipis 2-1 ke atas CS Mustang HT hasil jari­ngan Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad dan Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri pada minit ke-12 serta 23.

Satu lagi aksi separuh akhir Piala Vivian berlangsung 5 Mac ini menyaksikan pertemuan antara pasukan tempat ke­dua, Liaoning Womens Hockey Team dari China menentang PDRM Blue Warriors yang menamatkan aksi liga di tempat ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI